Tenaga Pengajar Muda : Pengalaman Lengkap Selama Satu Tahun Master

05:12 Unknown 13 Comments



Permohonan untuk Skim Tenaga Pengajar Muda(TPM) akan dibuka tak lama lagi. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Skim TPM, berikut adalah laman web JPBSM UiTM yang akan menerangkan syarat-syarat TPM.
http://jpbsm.uitm.edu.my/perkhidmatan/biasiswa/skim-tenaga-pengajar-muda-tpm

Saya kongsikan pengalaman saya selama setahun menjadi calon tenaga muda untuk peringkat master di luar negara.

Setelah saya berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda, saya telah memohon Skim Tenaga Pengajar Muda. Calon harus mengisi borang dengan lengkap secara online di laman web : http://onlineapps.uitm.edu.my/etpm/ dan menghantar salinan sijil-sijil dan dokumen kepada Dekan Fakulti.

Beberapa minggu penantian, saya menerima email dari pihak fakulti untuk menghadiri interview Tenaga Pengajar Muda. Menurut email tersebut saya dikehendaki untuk membentangkan cara pengajaran saya atau dipanggil Mock Teaching. Saya kongsikan pengalaman interview saya seperti di bawah.

Hampir sebulan berlalu, saya mendapat surat rasmi dari UITM menyatakan saya berjaya menjadi Calon Tenaga Pengajar Muda di bawah area Artificial Intelligent. Malah, dinyatakan di dalam email tersebut, saya diarahkan untuk menyambung ke luar negara samada UK/US/ lain2 negara berdasarkan 200 Ranking Universiti Tertinggi dunia: http://www.timeshighereducation.co.uk/world-university-rankings/2013-14/world-ranking

Maka bermulalah perjalanan penuh liku saya sebagai salah seorang calon TPM. Saya meminta pendapat dari para pensyarah mengenai universiti yang ingin dipohon dan akhirnya membuat keputusan untuk ke University of Manchester berdasarkan kredibilitinya sebagai top world university; dan AI itu sendiri dilahirkan di universiti tersebut oleh Alan Turing. Malahan, saya juga harus menduduki IELTS sebagai satu syarat dari KPM dan sebahagian universiti di luar negara dan harus mendapatkan keputusan band 6.5.

Kemudian, saya diarahkan untuk membentangkan proposal berkaitan area yang saya terima di hadapan panel pensyarah. Hal ini kerana, kertas penyelidikan /research paper yang akan saya tulis sepanjang pengajian saya nanti haruslah berkaitan area tersebut. Setelah pembentangan diluluskan, saya telah membuat medical checkup, TB test dan permohonan Visa. Anda boleh baca pengalaman saya di link di bawah.

Memandangkan pengajian Master di UK hanyalah selama setahun bagi coursework+research(mix mode), saya ditaja oleh KPM selama setahun dan diarahkan pulang sejurus selepas tamat pengajian. Elaun saya dibayar sebanyak 1000GBP sebulan oleh KPM dan elaun tutor saya dibayar oleh UITM sebanyak RM2000(approximate).

Selama setahun pengajian, saya harus menghantar Plan of Study kepada Dekan Fakulti UiTM yang menyatakan secara teliti subjek yang akan diambil dan disahkan oleh Ketua Jabatan Fakulti Universiti. Selain itu, dalam masa 6 bulan, Progress Report perlu dihantar untuk memaklumkan UITM keputusan peperiksaan atau research progress. Report ini perlu diisi dan ditandatangi oleh Supervisor kita di universiti .

Setelah tamat pengajian pada September lepas, saya mendapat email untuk pulang melapor diri ke JPBSM UITM dan fakulti. Namun, untuk melancarkan proses, saya diberitahu untuk menunggu keputusan rasmi dan surat senat sebelum melapor diri secara rasmi. Kemudian, perlantikan akan dibuat dalam masa 2 minggu hingga 2 bulan dari tarikh lapor diri.

Selamat Maju Jaya bagi anda yang ingin memohon Skim Tenaga Muda!

Klik link-link di bawah untuk membaca pengalaman saya secara terperinci.


1. Interview TPM
http://zazatoeurope.blogspot.my/2014/12/pengalaman-interview-tenaga-pengajar.html

2. Keputusan TPM berjaya

3. Proses Permohonan Universiti


4. Proses Pengambilan IELTS
http://zazatoeurope.blogspot.my/2014/08/persediaan-bahasa-inggeris-dan-ielts.html

5. Proses Pembentangan Proposal

6. Proses TB Test
http://zazatoeurope.blogspot.my/2014/09/persiapan-awal-tb-test-untuk-visa-ke-uk.html

7. Proses Permohonan Visa

8. Proses Mencari Rumah di UK
http://zazatoeurope.blogspot.my/2015/09/mencari-penempatan-pelajar-atau-rumah.html

9. Pengalaman Setahun di UK

10. Proses Melapor Diri

13 comments:

  1. Salam. Boleh tau berapa lama masa utk mula bertugas selepas lapor diri di jpbsm dan fakulti? Kalau ikut kata jpbsm 2 mggu ke 2 bulan. To be exact & ikut pengalaman awak, berapa lama eh?

    ReplyDelete
  2. Salam awak. Nak tanya pasal TPM ni. Biasanye bila permohonan TPM ni bukak ye? Sebab sy nak apply tapi yg ade TPM 2016 itu pun dah tutup. Tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thn ni mungkin tak buka. cuba tggu next year insyaAllah :)

      Delete
  3. salam awak..woww..good info.. maaf tanya kalau sy masih part5 student degree boleh apply dah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya belum boleh apply sebab nak cgpa final semester & dgree cert :)

      Delete
  4. Assalamualaikum,skim tenaga pengajar muda ni ditawarkan utk bumiputera ja ke?

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,skim tenaga pengajar muda ni ditawarkan utk bumiputera ja ke?

    ReplyDelete
  6. Hi Akmal! Is there any way for us to be notified once the application dah di buka? :) Because i have tried checking the links but i think for now belum buka lagi. Maybe we could submit for email notifications or something? Thank you in advance.

    ReplyDelete
  7. Salam, saya students baru abis degreee, saya cam niat nak sambung master di uitm shah alam,, saya ada byk persoalan nak tanya tentang TPM dari bekas students yg amek TPM.hopefully awak leh add fb sy which is Tussils Nad.

    ReplyDelete
  8. Assalam.. saya nak tanya.. apakah kita blh mohon tpm tanpa mohon penempatan di university dahulu? which means, setelah DAPAT tpm, baru kita mohon u ke>? hihi hopefully u faham. :)

    ReplyDelete
  9. hai awak.. nk tnya.. degree boleh ke mnta TPM ni?

    ReplyDelete
  10. Salam, saya nk tanya, selalunya dalam bulan berapa permohonan untuk TPM dibuka?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.