Mencari Penempatan Pelajar atau Rumah Sewa Di UK

11:56 Unknown 0 Comments

 
 
Assalamualaikum.

Jika anda sudah berjaya mendapat tawaran untuk belajar ke luar negara, sudah pasti perkara paling utama ialah mencari tempat tinggal. Lebih-lebih lagi jika anda membawa keluarga untuk tinggal bersama. Saya akan kongsikan pengalaman saya mencari rumah sewa di Manchester, UK untuk post kali ini.

Ada dua pilihan utama tempat tinggal :
1. University Hall
2. Rumah Sewa
 


1. University Hall

Pada mulanya, saya berniat untuk tinggal di University Hall atau dalam bahasa mudah, asrama yang disediakan pihak universiti kerana masih belum menemui housemate. Di Manchester sendiri, ada banyak Hall yang berdekatan dengan university  seperti link di bawah :
 
 Anda boleh memilih jenis hall yang anda ingin diami. Sebagai contoh, hall yang boleh didiami oleh Single/Couple/Family. Ada sesetengah hall menawarkan dapur dan tandas termasuk shower private (di dalam bilik) . Ada yang terpaksa berkongsi. Dan ada hall yang menempatkan hanya pelajar sejantina manakala ada hall yang bercampur jantina. Anda boleh memilih kategori yang anda mahukan. Sudah tentu yang inginkan privasi mahukan hall yang single, mempunyai private kitchen dan toilet dan tidak bercampur jantina. 
 
Namun, harganya semakin mahal mengikut kategori. Bahkan, jika hall lebih dekat dengan universiti, harga akan melambung sehingga mencecah 600GBP sebulan. 
 
Contoh Hall di George Canyon, UOM
 

Harga : 

400GBP ~ 600GBP sebulan

Pro : 

1. Boleh pilih Hall yang berdekatan dengan kelas/school(fakulti)
2. Jika Hall dekat dengan School, anda boleh jimat dari segi pengangkutan ke kelas. (kebanyakan pelajar hanya ke kelas dengan berjalan kaki)
2. Sesetengah rekaan dalaman Hall seakan hotel
3. Selesa dan lebih privasi kerana seolah-olah tinggal di rumah/apartment sendiri jika berseorangan.
4. Senang bergaul dengan pelajar local/negara lain


Ashburne Hall : Fallowfield Campus

Cons :

1. Harga mahal, lebih-lebih lagi jika  cukup kelengkapan, dekat dengan universiti.
2. Untuk mendapatkan harga lebih murah, terpaksa berkongsi tandas/dapur dengan orang lain. 
3. Jika anda berkongsi dapur, anda harus menggunakan kelengkapan masak sendiri dan disimpan di dalam bilik setelah selesai memasak.
4. Jika anda mempunyai dapur di dalam bilik, bau masakan akan melekat di cadar dan pakaian. 
5. Jika tinggal di Hall bercampur lelaki perempuan, kurang privasi. 'Local people' gemar 'party' dan mabuk pada malam Jumaat. Anda mungkin akan mendengar mereka mabuk dan mengetuk pintu bilik pada lewat malam. 
6. Jika bilik seorang, anda mungkin akan bosan / jika sakit, susah mendapat bantuan.

Rumah Sewa

Design rumah sewa(teres) di Manchester

 

   Kebanyakan rumah yang disewa pelajar di Manchester adalah rumah teres yang mempunyai 4 bilik atau 3 bilik. Ada dua penempatan favorite pelajar Malaysia adalah di Rusholme dan Chittam Hill. Kebanyakan pelajar undergraduates dan postgraduates yang belum berkahwin akan menetap di Rusholme kerana jarak ke University hanyalah 10~15minit berjalan kaki dan terdapat pelbagai kedai runcit/restoran berdekatan.Yang paling penting, sepanjang deret Curry Mile(Rusholme), kebanyakan kedainya adalah HALAL!

Rusholme / Curry Mile


  Sementara pelajar yang sudah berkeluarga memilih untuk tinggal di Chittam Hill kerana harga sebuah rumah lebih murah namun jarak ke universiti agak jauh (memakan masa 40minit dengan menaiki public transport).


    Alhamdulillah setelah beberapa minggu mencari, saya akhirnya berjaya mendapatkan rakan serumah melalui Facebook Group. Yang lebih menggembirakan, semua housemate saya adalah Malaysian. Lebih mudah untuk kami berkomunikasi dan melakukan aktiviti. Melalui bantuan dan rekomendasi  pelajar yang telah berada di UOM, salah seorang housemate saya telah menemui pilihan rumah kami melalui website berikut :

http://www.manchesterstudenthomes.com/Accommodation

  
    Kami cuba mencari pilihan yang paling dekat dengan universiti, dekat dengan kedai runcit dan restoran, kediaman yang kurang kadar jenayah dan  inclusive bill- kadar sewa sudah termasuk bill api, air, internet, gas dll.(Jika tidak, pada musim sejuk bil akan melambung tinggi jika terpaksa membayar sendiri.). Mujurlah kami menemui sebuah rumah teres di Rusholme yang 15 minit dari universiti jika berjalan kaki, begitu dekat dengan kedai runcit dan taman.

Dapur, Hallway, Tandas dan Ruang Tamu

    Sejurus selepas bersama-sama bersetuju dengan kadar sewa dan kelengkapan rumah yang ingin didiami kami terus menghubungi landlord(tuan rumah) untuk house viewing. Kami meminta tolong komuniti malaysian di Manchester untuk melihat rumah yang akan kami diami dan menghantar gambar dalam rumah. Kami beruntung kerana rumah yang kami pilih baru sahaja di'refurbished' atau dibaiki. Jadi semua kelengkapan di dalam rumah adalah serba baru.

4 buah bilik





Whitworth Park : Taman berdekatan kawasan perumahan kami

    Kadar sewa yang telah dipersetujui adalah 368GBP/ seorang inclusively. Agak leceh untuk membayar bil-bil jadi kami memilih untuk menyerahkan semua urusan kepada landlord walaupun kadar sewa rumah kami agak mahal. Agak berbaloi sebenarnya pada musim sejuk kerana kami boleh membuka heater sepanjang musim winter tanpa perlu memikirkan bil api.

 

Harga : 

200GBP ~ 400GBP

 

Pro : 

1. Terdapat banyak rumah sewa dekat dengan universiti dan tempat menunggu bas
2. Murah jika tidak inclusive bil
3. Kawasan rumah sewa berdekatan kedai halal.

 

Cons : 

1. Perlu mencari korum cukup (4orang) untuk sebuah rumah. Jika anda tidak kisah, boleh tinggal bersama foreigner.
2. Bergantung kepada landlord, jika bernasib kurang baik, landlord tidak akan mengambil tahu kerosakan yang berlaku sepanjang anda tinggal. Kami beruntung kerana menpunyai landlord local people yang friendly dan concern.  Jika ada kerosakan, beliau terus singgah ke rumah sejurus pulang dari kerja untuk melihat kerosakan/membaiki.
3. Jika School di City Campus, terpaksa menaiki bas. Berjalan kaki memakan masa 30 minit. 


Rumah di Chittam Hill


    Manakala jika di Chittam Hill, rumah agak besar dan murah kerana kebanyakan keluarga tinggal di kawasan tersebut. Bahkan terdapat Sekolah Melayu dibina khas memandangkan perkembangan komuniti Melayu di kawasan Chittam Hill.
 
 
 




0 comments:

Powered by Blogger.