Showing posts with label MedicalCheckup. Show all posts

Tenaga Pengajar Muda : Pengalaman Lengkap Selama Satu Tahun Master



Permohonan untuk Skim Tenaga Pengajar Muda(TPM) akan dibuka tak lama lagi. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Skim TPM, berikut adalah laman web JPBSM UiTM yang akan menerangkan syarat-syarat TPM.
http://jpbsm.uitm.edu.my/perkhidmatan/biasiswa/skim-tenaga-pengajar-muda-tpm

Saya kongsikan pengalaman saya selama setahun menjadi calon tenaga muda untuk peringkat master di luar negara.

Setelah saya berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda, saya telah memohon Skim Tenaga Pengajar Muda. Calon harus mengisi borang dengan lengkap secara online di laman web : http://onlineapps.uitm.edu.my/etpm/ dan menghantar salinan sijil-sijil dan dokumen kepada Dekan Fakulti.

Beberapa minggu penantian, saya menerima email dari pihak fakulti untuk menghadiri interview Tenaga Pengajar Muda. Menurut email tersebut saya dikehendaki untuk membentangkan cara pengajaran saya atau dipanggil Mock Teaching. Saya kongsikan pengalaman interview saya seperti di bawah.

Hampir sebulan berlalu, saya mendapat surat rasmi dari UITM menyatakan saya berjaya menjadi Calon Tenaga Pengajar Muda di bawah area Artificial Intelligent. Malah, dinyatakan di dalam email tersebut, saya diarahkan untuk menyambung ke luar negara samada UK/US/ lain2 negara berdasarkan 200 Ranking Universiti Tertinggi dunia: http://www.timeshighereducation.co.uk/world-university-rankings/2013-14/world-ranking

Maka bermulalah perjalanan penuh liku saya sebagai salah seorang calon TPM. Saya meminta pendapat dari para pensyarah mengenai universiti yang ingin dipohon dan akhirnya membuat keputusan untuk ke University of Manchester berdasarkan kredibilitinya sebagai top world university; dan AI itu sendiri dilahirkan di universiti tersebut oleh Alan Turing. Malahan, saya juga harus menduduki IELTS sebagai satu syarat dari KPM dan sebahagian universiti di luar negara dan harus mendapatkan keputusan band 6.5.

Kemudian, saya diarahkan untuk membentangkan proposal berkaitan area yang saya terima di hadapan panel pensyarah. Hal ini kerana, kertas penyelidikan /research paper yang akan saya tulis sepanjang pengajian saya nanti haruslah berkaitan area tersebut. Setelah pembentangan diluluskan, saya telah membuat medical checkup, TB test dan permohonan Visa. Anda boleh baca pengalaman saya di link di bawah.

Memandangkan pengajian Master di UK hanyalah selama setahun bagi coursework+research(mix mode), saya ditaja oleh KPM selama setahun dan diarahkan pulang sejurus selepas tamat pengajian. Elaun saya dibayar sebanyak 1000GBP sebulan oleh KPM dan elaun tutor saya dibayar oleh UITM sebanyak RM2000(approximate).

Selama setahun pengajian, saya harus menghantar Plan of Study kepada Dekan Fakulti UiTM yang menyatakan secara teliti subjek yang akan diambil dan disahkan oleh Ketua Jabatan Fakulti Universiti. Selain itu, dalam masa 6 bulan, Progress Report perlu dihantar untuk memaklumkan UITM keputusan peperiksaan atau research progress. Report ini perlu diisi dan ditandatangi oleh Supervisor kita di universiti .

Setelah tamat pengajian pada September lepas, saya mendapat email untuk pulang melapor diri ke JPBSM UITM dan fakulti. Namun, untuk melancarkan proses, saya diberitahu untuk menunggu keputusan rasmi dan surat senat sebelum melapor diri secara rasmi. Kemudian, perlantikan akan dibuat dalam masa 2 minggu hingga 2 bulan dari tarikh lapor diri.

Selamat Maju Jaya bagi anda yang ingin memohon Skim Tenaga Muda!

Klik link-link di bawah untuk membaca pengalaman saya secara terperinci.


1. Interview TPM
http://zazatoeurope.blogspot.my/2014/12/pengalaman-interview-tenaga-pengajar.html

2. Keputusan TPM berjaya

3. Proses Permohonan Universiti


4. Proses Pengambilan IELTS
http://zazatoeurope.blogspot.my/2014/08/persediaan-bahasa-inggeris-dan-ielts.html

5. Proses Pembentangan Proposal

6. Proses TB Test
http://zazatoeurope.blogspot.my/2014/09/persiapan-awal-tb-test-untuk-visa-ke-uk.html

7. Proses Permohonan Visa

8. Proses Mencari Rumah di UK
http://zazatoeurope.blogspot.my/2015/09/mencari-penempatan-pelajar-atau-rumah.html

9. Pengalaman Setahun di UK

10. Proses Melapor Diri

PERSIAPAN AWAL TB TEST UNTUK VISA KE UK

Anda wajib membawa :

1) Gambar passport

2) Passport

3) Alamat Universiti atau Tempat Tinggal di UK

4) Bayaran RM210 - Di Lifecare Bangsar


Situasi :

1. Datang awal ke Medical Centre.
2. Jika di Lifecare Bangsar, anda perlu mendaftar di kaunter bawah. Mereka akan berikan anda borang-borang untuk diisi.
3. Naik ke aras yang ditetapkan.Buat bayaran di aras tersebut.
4. Tunggu nama dipanggil untuk X-Ray
5. Setelah anda selesai XRay, tunggu sebentar sehingga nama dipanggil untuk masuk ke bilik Dr.
6. Doktor akan melihat result XRay anda dan tandatangan Sijil TB Test jika tiada apa-apa masalah. Itu sahaja. Anda perlu membawa Sijil tersebut untuk dikemukakan pada interview Visa, airport dll

Total Masa : Less than 1 hour jika tidak ramai orang.


Approved test clinics

You must be tested for tuberculosis if you are coming to the UK for more than 6 months and are a resident of Malaysia.

Your test must be from a clinic approved by the Home Office. We will not accept a tuberculosis test certificate from a clinic we have not approved.

The following are approved clinics in Malaysia.


Dr Ong Kee Liang - Life Care Diagnostic Medical Centre, 1st Floor, Wisma Life Care, No. 5, Jalan Kerinchi, Bangsar South, 59200 Kuala Lumpur Tel: 1300 222 369 or
Email: info@lifecare.com.my

Natalie Kwan - Sabah Medical Centre, Lorong Bersatu, Off Jalan Damai, Luyang, 88300 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia Tel: 088-322192 or 088-322196 Fax: 088-270939


Janice Lim - Health Screening Centre Gleneagles Hospital (Kuala Lumpur) 282 and 286 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia Tel: 603-4141 3282, fax: 603-4141 3280,
Email: janicelim@gleneagleskl.com.my
Website: www.gleneagleskl.com.my

Penang Adventist Hospital (operated by Adventist Hospital and Clinic Services Malaysia), Adventist Wellness Centre, 465 Jalan Burma, Penang 10350 Malaysia Tel: 604-2227779 or 2227732 Fax: 604-2283276
Email: wellnesscentre@pah.com.my

Normah Medical Specialist Centre Lot 937, Section 30, KTLD, Jalan Tun Abdul Rahman Yakub, Petra Jaya 93050 Kuching, Sarawak Tel: +60 82-440055
Website: http://www.normah.com.my/,
Email: inquiry@normah.com
Powered by Blogger.