Persediaan IELTS ( Part 2 ) - Tips

01:13 Unknown 0 Comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Memandangkan yuran IELTS agak mahal (RM600), saya cuba untuk tidak menghadiri mana-mana kelas IELTS.  Kelas yang dikendalikan oleh British Council mencecah sehingga RM200. 

Berikut merupakan tips yang saya gunakan sebagai persediaan IELTS.

1. Membeli buku-buku IELTS & Buat Latih Tubi.

Cuba sedaya upaya menjawab semua latihan di dalam buku. Memandangkan masa agak singkat, saya gunakan 3 buku di bawah :


         
P/s : Buku ACE the IELTS merupakan salah satu buku yang paling popular kerana Tips yang diberikan amat berguna. 

2. Praktis Speaking & Writing melalui Youtube

Jika anda seorang yang tidak suka membaca (seperti saya), saya sarankan anda belajar melalui Youtube. Terlampau banyak tips yang diberikan oleh native speakers. Bagi saya, ianya lebih berkesan kerana kita lebih fokus. 

>> Writing : 

>> Speaking




P/s : Cara saya praktis Speaking ialah dengan melihat sebanyak mungkin conversation Speaking Ielts yang memperoleh score 7~9 di Youtube. Anda mungkin akan peroleh sedikit sebanyak point dan membiasakan diri dengan cara mereka bercakap (accent). 



Pengalaman Sendiri Dengan IELTS

Speaking

10-15 minit. 
Topik yang diberikan adalah general. 
1. Tetapi memerlukan Vocabulary yang banyak. 
2. Anda tidak perlu banyak isi tetapi perkataan yang digunakan haruslah high standard dan lancar. 
3. Cuba praktis baca contoh jawapan Speaking dengan accent UK supaya anda akan terbiasa. 
4. Brainstorm dan praktis setiap latihan yang diberikan supaya percakapan lebih lancar dan bersangkut paut(coherent). 
5. Praktis bercakap di dalam Bahasa Inggeris dengan kawan-kawan / keluarga

Written test merangkumi 3 kategori. 

Listening, diikuti Reading dan akhir sekali Writing. Ketiga-tiga ujian ini diteruskan tanpa ada gap semasa hari peperiksaan. 

Listening

60 minit ( 4 bahagian )
Agak mencabar kerana perbualan oleh native speaker yang terlampau lancar/laju dan accent berbeza.
1. Cuba biasakan diri mendengar radio Inggeris seperti Hitz.fm & Fly.FM
2. Dengar lagu/ filem/rancangan Inggeris dan cuba tangkap apa yang dinyatakan.
3. Fokus semasa peperiksaan. Kosongkan minda. 
4. Meskipun anda mempunyai masa pada akhir masa ( 10 minit )  untuk menulis jawapan di kertas yg disediakan, cuba jawap soalan sebaik sahaja perbualan bermula.

Writing

60 minit ( 2 bahagian)
Saya seorang yang amat lemah menulis. Jika anda seperti saya, 
1. Cuba praktis menulis dengan Grammar yang betul dan pelbagai Vocabulary. 
2. Baca contoh-contoh essay dari buku IELTS / Google
3. Bahagikan masa dengan baik. 
    Part A : Graph/Chart/Table (20 min), Part B : Short Essay(40 min)
    Pastikan anda menulis mengikut patah perkataan yang dibenarkan. 
4. Cuba lihat contoh skema pemeriksa :

Reading

60 minit ( 40 soalan )
Bagi saya Reading adalah kategori yang paling susah kerana masalah masa. Malah, Essay yang diberikan sangat panjang sehinggakan anda akan keliru dengan apa yang dibaca dan keliru dengan jawapan yang tricky.
1. Scan secara laju. Anda tidak mempunyai masa yang cukup untuk betul-betul memahami essei yang mempunyai 1000 patah perkataan dalam masa 15 minit.
2. Baca soalan dan terus cari jawapan.
3. Bahagikan
 Paragraph 1: 15 minit,
 Paragraph 2: 20 minit
 Paragraph 3: 25 minit.
p/s : Paragraph akhir paling susah. Saya hampir tidak memahami isi nya dan hampir putus asa. 
4. Tinggalkan dahulu soalan yang tidak dapat dijawab. Move to next question. 
Anda bertarung dengan masa di sini. 


0 comments:

Powered by Blogger.