Showing posts with label biasiswa. Show all posts

Tenaga Pengajar Muda : Pengalaman Lengkap Selama Satu Tahun Master



Permohonan untuk Skim Tenaga Pengajar Muda(TPM) akan dibuka tak lama lagi. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Skim TPM, berikut adalah laman web JPBSM UiTM yang akan menerangkan syarat-syarat TPM.
http://jpbsm.uitm.edu.my/perkhidmatan/biasiswa/skim-tenaga-pengajar-muda-tpm

Saya kongsikan pengalaman saya selama setahun menjadi calon tenaga muda untuk peringkat master di luar negara.

Setelah saya berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda, saya telah memohon Skim Tenaga Pengajar Muda. Calon harus mengisi borang dengan lengkap secara online di laman web : http://onlineapps.uitm.edu.my/etpm/ dan menghantar salinan sijil-sijil dan dokumen kepada Dekan Fakulti.

Beberapa minggu penantian, saya menerima email dari pihak fakulti untuk menghadiri interview Tenaga Pengajar Muda. Menurut email tersebut saya dikehendaki untuk membentangkan cara pengajaran saya atau dipanggil Mock Teaching. Saya kongsikan pengalaman interview saya seperti di bawah.

Hampir sebulan berlalu, saya mendapat surat rasmi dari UITM menyatakan saya berjaya menjadi Calon Tenaga Pengajar Muda di bawah area Artificial Intelligent. Malah, dinyatakan di dalam email tersebut, saya diarahkan untuk menyambung ke luar negara samada UK/US/ lain2 negara berdasarkan 200 Ranking Universiti Tertinggi dunia: http://www.timeshighereducation.co.uk/world-university-rankings/2013-14/world-ranking

Maka bermulalah perjalanan penuh liku saya sebagai salah seorang calon TPM. Saya meminta pendapat dari para pensyarah mengenai universiti yang ingin dipohon dan akhirnya membuat keputusan untuk ke University of Manchester berdasarkan kredibilitinya sebagai top world university; dan AI itu sendiri dilahirkan di universiti tersebut oleh Alan Turing. Malahan, saya juga harus menduduki IELTS sebagai satu syarat dari KPM dan sebahagian universiti di luar negara dan harus mendapatkan keputusan band 6.5.

Kemudian, saya diarahkan untuk membentangkan proposal berkaitan area yang saya terima di hadapan panel pensyarah. Hal ini kerana, kertas penyelidikan /research paper yang akan saya tulis sepanjang pengajian saya nanti haruslah berkaitan area tersebut. Setelah pembentangan diluluskan, saya telah membuat medical checkup, TB test dan permohonan Visa. Anda boleh baca pengalaman saya di link di bawah.

Memandangkan pengajian Master di UK hanyalah selama setahun bagi coursework+research(mix mode), saya ditaja oleh KPM selama setahun dan diarahkan pulang sejurus selepas tamat pengajian. Elaun saya dibayar sebanyak 1000GBP sebulan oleh KPM dan elaun tutor saya dibayar oleh UITM sebanyak RM2000(approximate).

Selama setahun pengajian, saya harus menghantar Plan of Study kepada Dekan Fakulti UiTM yang menyatakan secara teliti subjek yang akan diambil dan disahkan oleh Ketua Jabatan Fakulti Universiti. Selain itu, dalam masa 6 bulan, Progress Report perlu dihantar untuk memaklumkan UITM keputusan peperiksaan atau research progress. Report ini perlu diisi dan ditandatangi oleh Supervisor kita di universiti .

Setelah tamat pengajian pada September lepas, saya mendapat email untuk pulang melapor diri ke JPBSM UITM dan fakulti. Namun, untuk melancarkan proses, saya diberitahu untuk menunggu keputusan rasmi dan surat senat sebelum melapor diri secara rasmi. Kemudian, perlantikan akan dibuat dalam masa 2 minggu hingga 2 bulan dari tarikh lapor diri.

Selamat Maju Jaya bagi anda yang ingin memohon Skim Tenaga Muda!

Klik link-link di bawah untuk membaca pengalaman saya secara terperinci.


1. Interview TPM
http://zazatoeurope.blogspot.my/2014/12/pengalaman-interview-tenaga-pengajar.html

2. Keputusan TPM berjaya

3. Proses Permohonan Universiti


4. Proses Pengambilan IELTS
http://zazatoeurope.blogspot.my/2014/08/persediaan-bahasa-inggeris-dan-ielts.html

5. Proses Pembentangan Proposal

6. Proses TB Test
http://zazatoeurope.blogspot.my/2014/09/persiapan-awal-tb-test-untuk-visa-ke-uk.html

7. Proses Permohonan Visa

8. Proses Mencari Rumah di UK
http://zazatoeurope.blogspot.my/2015/09/mencari-penempatan-pelajar-atau-rumah.html

9. Pengalaman Setahun di UK

10. Proses Melapor Diri

PERMOHONAN PENANGGUHAN / PELEPASAN KONTRAK JPA



Jika anda ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi (MASTER/PHD) dan terikat dengan JPA semasa Diploma atau Ijazah Pertama, anda haruslah memohon penangguhan atau pelepasan kontrak dari pihak JPA.

Penangguhan Kontrak 

Untuk mereka yang baru menamatkan pengajian dan masih tidak dipanggil SPA dalam masa 1 tahun.
Perlu mengisi borang J5.

 

Pelepasan Kontrak

Untuk mereka yang telah lama menamatkan pengajian dan tiada panggilan dari SPA selepas 1 tahun.
Perlu mengisi borang J3.

Prosedur Penangguhan / Pelepasan Kontrak:


1. Lapor diri dengan JPA di portal JPA
 >> http://esila.jpa.gov.my/esimos/



ATAU
Walk-in ke JPA Aras 5 untuk proses Lapor diri secara manual.

2. Muat Turun dan Isi Borang

J5 untuk Penangguhan Kontak
>>https://docs.google.com/file/d/0B5qVTUF0YlkyMnFxM0ttdE5LdDQ/edit?usp=sharing

J3 untuk Pelepasan Kontrak
>>https://docs.google.com/file/d/0B5qVTUF0YlkyRmN4bmVBdVVLbjQ/edit?usp=sharing

3. Kepilkan bersama Surat Tawaran Universiti dan Surat Penaja Baru(Jika Ada)

4. Hantarkan borang permohonan lengkap ke Aras 3, JPA atau secara pos kepada alamat yang dinyatakan di dalam borang.

5. Follow up dengan pegawai yang berkenaan.

6. Perjanjian Tambahan beserta surat rasmi penangguhan/pelepasan kontrak akan dikeluarkan sekiranya permohonan diluluskan.
P/s : Sekiranya anda mempunyai penaja baru, surat rasmi ini yang perlu dihantar kepada penaja baru.

7. Lengkapkan Perjanjian Tambahan dan kembalikan kepada JPA.

8. Sekiranya anda memohon penangguhan kontrak, anda harus melaporkan diri ke JPA sebaik sahaja menamatkan pengajian.


PERMOHONAN BIASISWA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM DI BAWAH PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN) 2014



Adalah dimaklumkan bahawa permohonan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam di bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bertaraf GLC (Government Link Companies) dalam negara bagi sesi 2014/ 2015 dijangka akan dibuka pada minggu ketiga bulan September 2014. 

Tawaran biasiswa ini juga akan di iklan secara ringkas dalam akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia, The New Straits Times, Tamil Nesan, Nanyang Siang Pau, The Borneo Post Sarawak dan The Borneo Post Sabah pada hari Sabtu dan Ahad pertengahan bulan September 2014. 

Maklumat lanjut mengenai syarat-syarat permohonan, bidang tajaan dan cara memohon boleh diperolehi dengan melayari portal http://esilav2.jpa.gov.my semasa permohonan dibuka.




Biasiswa JPA (PIDN) merupakan salah satu biasiswa yang ditunggu-tunggu oleh ramai pelajar diploma dan ijazah sarjana muda. Ianya selalu dibuka pada pertengahan bulan September setiap tahun.

Kriteria yang perlu anda penuhi untuk memohon Biasiswa ini adalah :
1. CGPA 3.5 keatas (Possibility untk pelajar yang mendapat 3.8 > adalah lebih cerah)
2. Diploma / Ijazah, semester 1 atau 2.
3. Menepati syarat universiti yang diberi. Contoh : UITM, UKM, USM dll

Perlu diambil perhatian bahawa Elaun akan diberikan mengikut tarikh perjanjian. Sekiranya anda telah menghabiskan semester 1 menggunakan PTPTN atau sendiri, elaun(claim) untuk semester 1 tidak akan diberikan.

Sila layari laman sesawang berikut untuk maklumat lanjut
www.esilav2.jpa.gov.my

Powered by Blogger.